Thursday, January 19, 2017

THERAPY SONOTRON BANTU BUANG KAHAK

Assalam hi semua,

Kisah bermula lepas baby Khaleef batuk mcm tak lepas kahak lebih 4 hari.Tiada selsema tiada demam.Tapi bila malam panas naik dari dada sampai kepala.Khaleef dari lahir memang anak yang baik. Tak pernah menyusahkan, susah nak merengek atau meragam yang tak tentu pasal. Tapi kali ni memang dia betul betul tak sihat.Kepala panas sampai 38.5. Berapa hari dah tidur tak lena.Pergi dua kali klinik dan kali kedua tu mintak juga doktor Neb kan.Balik tu dapatlah dia tidur lena tapi sekejap je.Malam tu panas balik badan dan ada kahak lagi masih weezing kat dada.Allahu kesian sgt.Menangis gak la Umi.Buah hati ni sakit kan. Nak menyusu pun dia sesak nafas.Tak tahu dgn kuasa Allah, solat mintak petunjuk.Tiba-tiba teringat pernah terbaca artikel tentang sonotron. So google punya google, immediate dpt no telefon, tapi hampa tempat dah penuh. Esoknya pun penuh.Dan terus walk in Sabtu sbb baby dah teruk sgt merengek.Alhamdulillah staff kat Sonotron ni baik sangat. Kalau kes2 emergency mmg diaorng boleh dahulukan kita.Syukur sgt


Before tu nak cita dulu,


APA ITU SONOTRON


Terapi Sonotron ialah rawatan tercanggih di mana ianya bebas drpd pembedahan kerana ianya dikendalikan secara luaran oleh pakar terapi. Ia memberikan kesan serta-merta kepada pesakit tanpa menggunakan dadah dan tiada kesan sampingan

Rawatan ini menggunakan teknologi daripada Amerika Syarikat untuk mengeluarkan pancaran discaj yang berfrekuensi rendah, hanya 0.43Mhz (kalau nak tahu, kebanyakan telefon mudah alih berfrekuensi tinggi iaitu sebanyak 900 Mhz). Jadi, boleh beza kan?Kaedah rawatan unik ini terbukti secara berkesan dan ianya selamat ke atas pesakit.


BAGAIMANA IA DIKENDALIKAN

Cahaya Pancaran Corona yang dihasilkan oleh Sonotron akan dihalakan ke arah tempat yg berkahak tanpa menyentuh anggota badan atau kulit pesakit. 

Sonotron menggunakan Corona Discharge Beam yang dihasilkan pada gelombang radio frekuensi rendah dikenakan kepada electrode di dalam alat yang dipegang (hand-held device). Alat sonotron ni berbunyi agak bising.Ada certain baby akan menangis sebab takut bunyi.Tapi baby khaleef relax2 lu..hehe..Rawatan sonotron sesuai utk baby dari lahir. Masa baby Khaleef buat treatment memang ada baby yg lagi kecik dari dia,Kesian sgt menangis2.Lepas buat sonotron terus terdiam n tidur.



Tengok muka dia nangis.Kesian sgt.Selalu tak macam ni.Tersenggih je.Hampir 5 hari tau


Dua kali pergi klinik dan kali kedua tu doctor suruh Neb je.Balik tu lena la sehari.Esoknya meragam balik,Uwaaa sian sangat


Inilah mesin Sonotron tu.Dikhabarkan berharga lebih 200k dan sudah berusia 20 tahun dlm dunia perubatan ( napa i tak tau ni) ermmmm..

 Ni la kali pertama treatment buat sonotron sbb dah stress sangat tak baik2.Google2 dpt contact no Pusat ni..Alhamdulillah hebat baby Khaleef tak nangis.Mommy or Daddy kena rajin agah anak.



Tgk baby hebat ni.Happy sgt dia dan sonotron ni tak menyakitkan pun






Tengok dia senyum lebar lega.

Yang ni kali kedua treatment.Lepas tu dia tidur lena habis






Alhamdulillah kalau dia dah ketawa besar tu memang dia dah baik la tu.Syukur sonotron jadi asbab utk Khaleef baik dari dari flu dan batuk.Tidur pun lena.Yeayyyy!!

Rawatan Sonotron dapat membesarkan liang tempat stuck nya kahak.So kahak akan meleleh di hidung,muntah atau keluar melalui najis. Baby Khaleef totally keluar kat najis.Memang sgt byk.

Selain tu saya juga
1.mandikan dia dgn lemon berserta steam kan dia,
2.buat tepuk percussion belakang dada, dan sapukan minyak buat sendiri,Olive oil dgn bawang putih yg di bakar.Tumbuk bawang putih dan campurkan dgn olive oil dan sapukan pada dada,ubun-ubun,serta tapak kaki.Tapi mama kena rasa dulu panas ke tak.Sian baby nanti.


PENYAKIT YANG BOLEH DIRAWAT DGN SONOTRON


  • Stroke
  • Gout
  • Asma (Lelah)
  • Bronkitis (terutama kanak-kanak)
  • Sakit Tekak/Batuk
  • Kayap/Ekzema/Kudis
  • Sakit Pinggang/Pinggul
  • Sakit siku/jari/lengan
  • Migrain
  • Angin ahmar (Strok)
  • Resdung
  • Sakit sendi lutut
  • Kaki terseliuh
  • Bengkak pada tapak kaki”
  • luka
  • ulser
  • Masalah kulit/ jerawat
  • Gastrik


Terapi Sonotron tidak boleh disyorkan sebagai kaedah rawatan untuk luka kencing manis (diabetic ulcer), arthritis (sakit sendi). 

Dimana Pusat Rawatan Sonotron ni?

Baby Khaleef dapat rawatan di :
Pusat Rawatan Sonotron Tawakal Bangi
NO.43A, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
HoursOpen today · 8AM–12AM


(yg ni memang kena appoinment)
best sgt sebab staff diaorng sgt sgt baik dan friendly,Cuma memang kena appoinment.Orang tak pernah surut hehe

Tempat tempat lain sebagai rujukan


Klinik Dr Fauziah
NO 15, JALAN 2A/1, OFF JALAN ULU YAM BANDAR, BARU SELAYANG FASA 2A, 68100 BATU CAVES, SELANGOR. Tel: 03-61890753.
Klinik Keluarga Dr Hj Mohd Khadzali
No. 3, Rumah kedai, Jalan AU 5C/K, Ulu Kelang, Ampang, 54200 Kuala Lumpur. Tel 03 – 41083716


Moga bermanfaat untuk semua. 
Anom Abu Bakar, Therapy Bangi Sentral




No comments:

READERS